April 24, 2012

Do you YM, people? I do.



Add me up if you feel like it.

azhanee.othman@yahoo.com


April 7, 2012

Sebab unless you are God -



Cikgu dengan pendidik. Kadang-kadang dua perkataan ni macam sama makna. Most of the times, tak. Kerapkali orang samakan dua perkataan ni, intentionally. Tapi most of the times sebenarnya sebab mereka tak tahu beza. Bagi aku senang saja. Bukan semua cikgu itu pendidik. Bukan semua pendidik itu cikgu. Tapi cikgu ada dua jenis yang utama - yang layak dihormati dan yang tak perlu dihormati. Pendidik - wajib dihormati. Ini aku dan cara aku melihat dunia. Radikal? Semua orang ada persepsi. Engkau pun.

Besar sebenarnya makna pendidik. Hampir sebesar makna 'Ibu'. Hampir. Dan aku mahu jadi pendidik. Aku sedang cuba berperangai seperti pendidik, berfikir seperti pendidik, bekerja seperti pendidik dan menyayangi seperti pendidik. Mendidik seperti pendidik - aku yakin aku boleh. Sebab aku pakai kasut pelajar-pelajar aku 18 jam sehari. 6 jam lagi aku tidur. Betul. Sebab tu aku cool. Engkau cool?

Anyway. Aunty Zuraidah. Emak ex-student aku - Salleh. Aunty kata, 'Your mum memanglah, semangat cikgu dia memang lain. Hidup mati dia memang dengan budak.' Yang itu aku dah lama perasan. Sebab itu aku pun macam tu. Dan menjadi serupa itu buat aku proud dengan diri sendiri. Dengan mak aku.

3 tahun mengajar, aku bangga mengaku yang aku tidak pernah menyalahkan budak bila-bila pun yang mereka tak memenuhi expectation - akademik atau sahsiah. Nama pun budak sekolah. Kalau dah semua benda mereka boleh fikir, mereka tak perlu datang sekolah. Kalau semua benda yang baik mereka tahu buat, baik mereka yang jadi cikgu.

Expectation aku tinggi. Macam Cinderella nak kawen anak raja. 'Dapat E ni trial je, Affiq. Kita pulun untuk SPM. Teacher tolong. Allah SWT mesti tolong.' Result SPM keluar hari tu, Affiq dapat A. Sumpah. Maka aku masih memandang rendah pada blogger teachers yang pernah view aku sebagai over-ambitious, unrealistic, and lucky (sebab mengajar di MRSM). Aku bukan menyombong - tu result Affiq, bukan result aku (result aku lagi best, OK?). Tapi aku membangga diri sebab aku jadi pendidik bila aku tak putus asa dengan pelajar-pelajar aku walaupun mereka sendiri dah tak tahu macam mana nak berharap. Aku jadi pendidik bila aku tak terima yang some students are meant to fail - unlike some blogger teachers. Aku jadi pendidik bila aku tak view pelajar-pelajar aku sebagai lemah, tapi sebagai amanah. Aku jadi pendidik bila aku degil beyond reason tak mahu jadi bangsat yang suka keluarkan statement, 'Asalkan lulus cukuplah.' Sebab aku jadi pendidik bila aku percaya yang SEMUA ORANG BERHAK DAPAT KEJAYAAN.

Pada students yang cikgu-cikgu mereka selalu merengek macam ini, 'Students aku lemah wei. Ni memang hakikat. Realistik kalau aku tak harap diorang dapat A. Janji lulus,' aku memang kesian la. Sebab aku tak tau why the hell is it so UNREALISTIC FOR EVERYONE to be SUCCESSFUL? Aku tak boleh comprehend that level of mental retardation. Serius.

Jadi aku akan live with this,

Budak-budak sentiasa betul. It's how the world works. I've been in school myself. Once as one of them. Now as one of us (teachers). If they're not achieving what they should, it's our fault. If they're not behaving the way they should, it's our fault. Sebab unless you are God, they are at the receiving end and we aren't delivering enough - you can never change that fact. Never. So yes, kids are always right. And that's exactly the insane belief that's been keeping me sane as a teacher. It's what keeping me going. 

Pada engkau mungkin statement aku gila. Mungkin aku memang gila sebab buat pernyataan serupa itu. But then again, all the best people are. Dan itu orang macam engkau memang takkan dapat rasa.

April 4, 2012

As alive as you are

I am.

But I'm busy. New dasar. And lots of things to do OMG.

I'll still be around, though.

Just so you know - even the knights of Camelot would have trouble fending off attacks from two ends.