Ada waktunya kita dilanda masalah dan sakit jiwa yang keterlaluan, kita tertanya-tanya - kenapa Tuhan buat macam ni pada kita? Kenapa Tuhan macam tak kesian pada kita - susah hati sampai tak makan, solat pun tak tenang, makan pun tak lalu (which is a good thing, though, if you are trying to lose weight), mandi pun tak berapa nak basah - kenapa?
Cuba kita fikir balik pasal dosa-dosa kita yang lepas, yang berjaya kita lakukan tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Dia. LOL. Cuba ingat balik zaman kegemilangan kita memaki-hamun orang lain sesedap rasa tanpa mengetahui hujung pangkal cerita. Cuba ingat jugak waktu-waktu bahagia kita sengaja menyakitkan hati orang lain untuk menyenangkan hati kita. Cuba kenang masa-masa kita berasa oh hebatnya kita, tak perlu minta maaf pada sesiapa - kerana bongkaknya kita, sudah confirm ada tempat di syurga. Cuba fikir semula betapa dengan Dia kita pernah sombong, berdua-duaan dengan yang bukan hak seolah-olah Tuhan bagi kita special treatment pulak - enjoy dulu hari ini, esok taubat pun tak apa. Cuba selami apa yang orang lain rasa, bila kita pergunakan mereka untuk keseronokan kita. Cuba fahami apa orang lain rasa, bila kita berkeras dengan ego kita sampai menyusahkan semua. Cuba kita kritik diri sendiri - wahai diriku si hamba Allah, banyaknya dosa kita - takkan pernah rugi bukan?
Sebab bila kita sedar diri, tahu tempat kita di mata Dia, faham yang kita bukan sempurna - kita akan bawa diri macam yang sepatutnya. Macam yang selayaknya. Mengerti?
Aku tak perlu canang ke semua penjuru dunia tentang baik buruknya aku. Dia tahu semua. Aku juga tak perlu canang baik buruknya orang lain ke serata semesta, aku bukan Dia. Aku tak perlu judge siapa-siapa (tapi kadang-kadang kalau dah ridiculous sangat, aku buat jugak) sebab syurga neraka bukan aku punya. Dan aku jugak tidak ada minat terhadap apa-apa yang Dia decide untuk timpakan ke atas sesiapa atas dosa mereka yang mana-mana. Aku tidak ada masa.
Selama 27 tahun ini, Allah SWT jaga aku sangat-sangat. Tidak pernah Dia biar aku bersendirian even when all else fails. Sekali pun. Sebab itu aku selalu pesan pada semua, students, kawan, teman karib, saudara sedarah - if Allah SWT is everything you have, darling, you have everything. FAKTA. Kalau pendampingmu hanyalah Allah SWT, engkau sudah ada segala-galanya, sayang.
Heh, sekarang kan Ramadhan? Kalau dah teringat semua yang salah-salah dulu, kalau dah teringat pada siapa yang dosa-dosa itu semua, mintaklah maaf pada yang patut. Tak payah tunggu Syawal pun tak apa, ya abang-abang, adik-adik dan kakak-kakak. Mana tahu matahari esok pun kita tak sempat tengok, kan? Buatnya Allah suruh balik awal - hehe, kan susah? Maafkanlah semua dan mohonlah maaf daripada semua, mari kita jadi umat Muhammad SAW yang sebaik-baiknya. Mesti bahagia.
Hoho, pagi ini aku teruji, kertas exam form 4 lesap tak dapat dikesan. Paper nak mula pukul lapan, gaah!! Rupanya terselit di bawah hidung sendiri, LOL, nasib baik wira-wira Matematik cover dulu. Kalau tidak, mungkin sudah kacau-bilau segala. Lagi pertolongan on the spot dari Allah SWT - macam manalah nak tak sayang kat Dia? Tak pernah menghampakan, tak pernah akan. Dengan kudrat elves yang bekerjasama macam dalam filem, semua paper berjaya diklip dan tersusun ikut kelas. Magic? Hehe. As the seventh month dies, bukan?
Kawan-kawan, pembaca-pembaca, stalker-stalker (sama ada yang gila ataupun tidak), gembira itu milik semua yang tahu bersyukur. Dan tidak ada satu ketika pun dalam hayat kita di mana kita tidak perlu mengucapkan Alhamdulillah. Jangan berat mulut pemalas nak puji Tuhan, takut Dia malaskan terus engkau dengan stroke atau mati. Syukuri setiap apa saja - yang nikmat (kerana Dia cinta pada engkau), yang berat (juga kerana Dia cintakan engkau) - insyaAllah baik-baik semuanya.
Dan kalau engkau sudah serabut segala jiwa akal dengan masalah yang tak tahu nak putus-putus, anak isteri kelaparan, bapak mertua masuk wad gila, adik-beradik tak pass exam, bekas scandal mengandung 4 bulan, emak cari jantan lain - sampai tak ketahuan lagi apa yang perlu kau syukuri - heh, feel your pulse, dearie - dan ucapkanlah Alhamdulillah. At least, He is keeping you alive, untuk menemani engkau hadapi semuanya dengan gagah dan tabah.
All the best, everyone. Masa kita tak panjang mana. Semoga Dia peliharakan semua. Salam.