April 23, 2010

Siapa ajar?

"Pakai tudung takpe kalau nak kaler rambut. Orang tak nampak. Kalau free hair yang tak boleh."

Siapa ajar engkau Pendidikan Islam?

Free hair. Siapa ajar engkau English?

April 11, 2010

Long before.

Ig and Nina was long before you. I realized that I shouldn't have stopped writing just because you made me sad. You weren't part of anything in my story. You weren't significant. You aren't. You were just around. And now you're gone. Which makes things easier. So much easier.

Don't come back. Days were the best when you were just someone from my past.

Don't come back.


To my readers:

Ig and Nina will continue, soon. I promise.

April 5, 2010

Kita tak sempurna = Mereka tak mengaji?

Seumur hidup aku, orang-orang yang aku kenal suka menasihati orang lain supaya banyak mengaji Quran ada dua jenis. Aku tak tau jenis-jenis lain, yang aku tau baru dua ini saja.

Jenis pertama – orang yang memang banyak mengaji dan suka nak menolong kita-kita yang tak berapa pandai, macam guru-guru Pendidikan Islam di sekolah tempat aku bekerja sekarang. Macam Kak Amrina dan Kak Faridah, specifically. Macam Maak, kalau kamu mahu contoh orang yang bukan guru agama. Orang-orang macam ini memang aku senang nak dengar nasihat. Laser atau berhikmah. Memang senang. Jadi bila mereka suruh sesiapa pun mengaji (more like ajak lah), siapa pun tak terasa. Lagi seronok pulak nak join. Malah aku suka hati nak minta nasihat, teguran, pandangan, ilmu dan lain-lain manfaat daripada mereka yang macam ini. Aku terus sedar bila kena marah dengan orang-orang macam ini. Hard feelings langsung zero. Sebab aku hormat. Sebab aku sayang orang-orang yang peduli aku secara ikhlas.

Jenis yang kedua pula aku malas nak hurai, nanti ada pula yang butthurt. Anyway.

Tiada manusia lahir ke dunia ini disukai semua orang. Nabi Muhammad SAW pun ada orang benci. Itu manusia yang langsung ma’sum. Kita? Takkan terkejut kot bila dengar orang mengata? Aku rasa kalau orang dah mengata kita, kita nilai sendirilah betul atau tidak. Aku ampun saja apa cerita buruk yang ketahuan oleh orang lain, kalau dengan itu aku boleh betulkan diri jadi lebih baik.

Maak kata, benda kalau sudah memang tak elok, futile saja mahu sorok sebab orang memang akan tahu. Macam mana banyak kita mengaji pun, bila tengok benda buruk, kita cringe juga paling kurang pun. Orang sekarang pula kan, setakat mengumpat sebaris dua itu biasalah. Kitalah yang kena membetulkan mana yang salah pada diri sendiri.

Tiada manusia hari ini yang sempurna, dan aku salah seorang daripada mereka. Tapi aku rasa aku lebih baik sikit daripada orang-orang yang tidak nampak kekurangan diri dan expect semua orang terima mereka indah dan buruk semua, sebab aku ikut didikan Maak aku; kita ubah yang buruk pada diri kita bukan untuk please orang, tapi untuk save tempat di Syurga. So aku rasa, ego jadi diri sendiri tak bertempat semacam ini pun stupidity yang over the top juga. Atas sebab itu saja aku tidak kisah diberi komen buruk, dimarah, kalau betul aku memang salah. Aku tahu aku tidak cukup semua.

Kamu semua pula rasa macam mana?

April 2, 2010

‘Adalah tidak adil bagi para perokok dimaki

bodoh, tak sekolah, gila, tak bertimbangrasa, tak punya common sense sebab beli rokok guna duit scholar, bangang dan disuruh mampus,’ kata saya baru-baru ini. Post Teacher Nani kali ini bakal mengulas prejudis bogel Adik Yu dalam entry beliau yang ini. Jemput klik untuk maklumat lanjut.

Setahu Teacher Nani, masa Adam a. s. dicampak keluar dari syurga ke muka bumi ini, Iblis pun turut tercampak sekali. Menurut cerita seorang ustaz yang sangat boleh dipercayai, Iblis ada bertanya kepada Allah SWT berkenaan kehidupannya nanti; mahu makan apa di dunia yang tidak ada apa-apa ini? Kata ustaz, Allah SWT beritahu Iblis yang suku-sakatnya boleh kongsi makan dan kongsi aktiviti apa pun dengan cucu-cicit Adam a. s. bila saja mereka berbuat sesuatu yang tidak dimulakan dengan Bismillah. Jadi, sudah terang tak perlu bersuluh lagi, yang para perokok ini semua berkongsi sedutan kepul asap puaka itu dengan kerabat Iblis, bukan?

Ada siapa pernah jumpa manusia mana yang baca Bismillah sebelum merokok?

Yeah. My point exactly.

Sharing is caring, para pembaca sekalian. Apa wajar kita memanggil perokok ini semua tak bertimbangrasa – sedangkan mereka berhabisan wang scholar dan gaji membeli bahan api pembakar jiwa sendiri dan masyarakat, untuk dikongsi dengan makhluk-makhluk terkutuk yang kita sendiri tak ingin nak pandang malah merupakan bangsa terlaknat?

Betapa considerate mereka ini, tak terukur oleh pembaris apa pun. Siapa kita, mahu judge mereka gila dan sebagainya? Sanggupkah kita mengeluarkan wang untuk dihanguskan begitu saja? Mahu beli makanan sendiri pun kadang-kadang berkira. Prihatinnya para perokok, memang deserving respect of the highest degree – sanggup tak baca Bismillah sebelum berasap demi mengenyangkan Iblis. We really should stop being judgmental.

Kita nak menderma kepada persatuan anak-anak yatim pun kadang-kadang tak sempat, apa lagi nak duduk semeja berkongsi nasi sepinggan dengan mereka, jauh lagilah nak berkorban harta dan nyawa mahu menyelamatkan saudara-saudara kita di Palestin sana. Ambil teladan perokok, para pembaca yang dihormati, duduk di mana pun boleh bakar duit scholar dan gaji untuk bunuh diri dan orang ramai sambil membahagiakan Iblis – apa kamu ingat kecil pengorbanan mereka itu? Bukan mudah mahu menggembirakan Iblis, tahu?

Kita kenal ramai perokok yang punyai degree dan masters, bukan? Mereka tidak bangang, my friends. Tak mungkin bangang kalau mereka boleh berhujah sakan dengan references yang berkoyan-koyan untuk beroleh gulung-gulung recognition itu. Mereka belajar dan terbilang mempraktikkan Freedom of Choice. Itu adalah satu cabang ilmu yang bukan semua kita mampu acquire, sila terima hakikat ini. Penguasaan ilmu tersebut menuntut keingkaran terhadap larangan membunuh (diri dan orang lain) daripada Allah SWT secara ekstrem. Kamu ingat mudah mahu melawan Tuhan begitu? Jadi, have some respect for these smokers, would you?

‘Islam bukan agama paksaan. Kalau I tak ready nak stop lagi, tak apa,’ kata seorang kenalan Teacher Nani yang juga seorang perokok tegar tahap tinggi. Statement itu saja sudah menunjukkan betapa terkedepannya pemikiran para pembunuh elite ini (Tidak elite-kah teknik pembunuhan menggunakan cucuhan wang ringgit lalu disedut ke paru-paru sendiri sebelum dihembus ke udara untuk menjahanamkan nyawa orang-orang lain?).

Barangkali dalam journey memburu ilmu Freedom of Choice mereka lupa dalam Islam ada istilah wajib. Dalam kelupaan kepada istilah wajib, mereka lupa juga kepada istilah haram. Sedangkan dua istilah itu sudah cukup sebagai bukti yang ‘Islam bukan agama paksaan’ itu adalah statement paling bullshit sepanjang zaman. Kalau solat itu perkara pertama yang akan ditanya selepas jasad terkambus tanah – bukan paksaan lagikah untuk melaksanakannya? Teacher Nani macam teringin menulis antonim perkataan ‘pandai’ selepas soalan tadi. Tapi mengikut rasional Teacher Nani, tak perlulah tulis perkara yang semua orang dah tahu. Nanti jadi an insult to my readers’ intelligence pula, haha.

Justeru (tiba-tiba pulak, apa hal?), tidak adil kita menilai yang buruk saja terhadap para perokok ini semua. Pemikiran jumud kita manakan mampu setanding wahyu-wahyu out of this world amalan mereka; Iblis pun kita tak pernah tengok, apa lagi nak diajak berkongsi asap dan lain-lain? Kita harus sedar diri. Ada perkara yang kita memang tak mampu buat dalam dunia ini.

Yeap. Teacher Nani emo lagi. Sebelum balik ke blog masing-masing, semua dijemput komen secara garing dan berdesing. Terima kasih.