August 21, 2012

Kubur masing-masing, OK? F*ck off.

Budak-budak jahil zaman sekarang, kamu semua tahu, bila ditegur baik-baik, 'Adik, adik dah lawa. Kalau tutup aurat, lagi lawa. Sungguh,' jawabnya, 'Kubur masing-masing, tu yang paling penting.' Itu kalau kau jumpa yang attitude boleh tahan.

Kalau yang biadab dan jahil pulak jawabnya, 'Alah kau dah sempurna sangat kan? Nak tegur-tegur orang pulak. Kubur masing-masing, OK? Jangan sibuk hal orang lain.'

Kalau yang jahil serta ultimate kurang ajar jawabnya macam ini, 'Kau dah sure sangat masuk syurga ke? Dah clear seksa kubur ke? Kubur kau tu settle dulu, baru cakap pasal kubur orang.'

Sebenarnya kan, this 'kubur masing-masing' bullshit datang dari mana? Siapa makhluk bongkak whatever tak sedar diri nak mampus yang mulakan fahaman bodoh ni? And why, oh why begitu ramai yang boleh pulak terpengaruh lepas itu dengan bangganya menggunakan ayat ini setiap kali orang ajak buat baik? Do they really mean it when they say it?

Topik aurat bukan topik tunggal yang buat benda ni jauh tersebar. Kau ajaklah bangsa jenis ini buat sebarang benda baik yang Allah SWT suka, itulah jawapan yang kau dapat. Most of the times. Kau tengok FB sudah.

* * *

Kubur kita mungkin sorang satu, dik. Rumah kita pun sorang satu. Tapi kubur bukan macam rumah, boleh decide nak buat kat mana, nak plan yang macam mana, nak besar mana, nak siap berapa lama, nak pindah masuk bila dan nak interior design style apa. Kubur ni dik, lepas kita mati nanti, saudara-saudara seagama kita yang tolong gali lepas mereka tolong mandikan kita, kafankan kita, sembahyangkan kita dan usung kita ramai-ramai ke liang lahad kita tu. Kalau kita boleh mati sendiri, mandi sendiri, kafan sendiri, solat sendiri, gali kubur sendiri, masuk sendiri dan kambus sendiri - kita sombong bongkaklah macam mana pun, memang layak sangat. Ini nyawa pun dah malaikat yang tolong cabut, mandi pun dah saudara-mara tolong uruskan, kafan pun orang lain tolong pakaikan, semuanyalah orang lain buatkan untuk kita, jadi kenapa kita nak berlagak sangat depan Tuhan? Kita nak berlagak apa sebenarnya sedangkan semua yang kita miliki ni Dia yang bagi?

Kalau orang yang tegur kita tu lebih tua, atas dasar hormat pada pengalaman hidup mereka, kita bukalah hati. Kalau tak mampu nak terus ikut pun, tak perlu maki-hamun bukan?

Kalau yang menegur kita tu sebaya, anggaplah dia sayangkan kita sebagai kawan seusia. Bagus kan ada orang pedulikan kita? Daripada kita terus hanyut ke pintu neraka?

Dan kalau kita ditegur oleh teman yang lebih muda, sebelum mengamuk macam makhluk kesian yang tak berakal - ingatkanlah diri kita, teman kita itu dosanya kurang daripada kita. Ucap terima kasih, lepas tu boleh mula berfikir. Akal Tuhan beri percuma, bila lagi nak guna?

Tidak perlu buat tayangan percuma kebodohan mutlak kita dengan marah-marah pada perkara yang tak perlu dimarahi, caci-maki pada orang-orang yang sudi peduli dan menyombong di depan Allah SWT kononnya kita boleh uruskan hal mati sendiri. Hakikatnya bila kita taksub bongkak dengan diri, kita sebenarnya bertemasya menyambut kebodohan kita menyombong dengan nyawa, harta dan kebebasan yang cuma pinjaman. Tak hinakah kita membangga diri dengan barang pinjam?

Sebaiknya kita selalu mengkritik diri supaya usaha menjadi makhluk kesayangan Allah SWT itu jadi berterusan. Supaya kita selalu berminat dengan syurga dan segala yang Allah SWT suka. Supaya panjang pendek usia kita tak melimpah dengan perkara sia-sia dan berdosa.

Tapi, berapa ramai yang mahu jadi cool kerana dikasehi Tuhan?  

Dan berapa ramai pula yang mahu kekal cool di mata manusia dengan melawan Tuhan?


15 scribbleback (s):

nadz ruslan said...

"mana tahu kemalangan bersama, mereka kebumikan kita satu liang dik oii"

remaja, susah nak dengar cakap orang. emosi ego, dia saja betul. T_T

Ahmad Luqman said...

wow THIS THIS THIS THIS

Wastrabejjak said...

Kubur bukanlah milik persendirian. Cuba diteliti satu-persatu:

TANAH: Tanah perkuburan biasanya ialah tanah wakaf = harta-benda awam = milik bersama.

KAIN KAPAN: Si mati takkan dapat pergi ke bank atau mesin ATM untuk keluarkan duit beli kain kapan. Dengan kata lain, wang yang digunakan ialah milik orang lain, maka kain itu pula adalah milik orang lain. Paling tidak pun, digunakan wang khairat kematian (juga adalah milik awam kerana dibayar oleh penduduk setempat).

UPAH PENGGALI KUBUR, WANGIAN, KELENGKAPAN MANDI MAYAT, BATU NESAN: Semua yang melibatkan wang adalah sama sebagaimana di atas.

Kesimpulan: Kubur adalah milik bersama.

Wastrabejjak said...

Tambahan:
Jadi, untuk menjawab golongan yang kurang ajar, antara jawapan cadangan ialah:

"Apa buktinya kubur tu milik masing-masing? Mana geran tanah mayat-mayat tu semua?? Mayat kau nanti ada ke geran tanah kubur kau tu?"

cik gojes :) said...

budak2 sekarang bukan boLeh kaLau kita pakai sembur macam tu je...kita sekarang nie nak nasihat orang pun kene fikir ayat sarkastik kasi terkesan bawak ke mati...untungLaa manusia ada tahap kreatif akaL yang hebat, tegur pun nak diikutnya..dah matang sket sok paham Laa budak2 baru nak up tu, yee dakk ??

kita yang dah sedia berakaL Lagi mumaiyiz dan matang nie kene tunjuk contoh yang baik dan kekaLkan nasihat cara baik..insyaaLLah, sampai masa Lembut Lah hati diorang tuh :)

Ayaq said...

Ayat 'kau tu dah sempurna sangat' tu ayat yang paling saya menyampah. So what kalau dia tak sempurna? Saya fikir macam ni je, mungkin dia bagi nasihat tu sebenarnya lebih kepada mengingatkan diri dia sendiri jugak kan. Lagi pun, dah benda betul, dengar je la. Orang tu sempurna ke tak, itu lain kira.

Ciklong said...

remaja zaman sekarang ingat dunia dah maju, dah tak ada orang jahil. padahal mereka la yg menjahilkan diri mereka sendiri.

orang miskin pakai kain singkat sebab tak mampu nak beli kain yang cukup. orang kaya (yg jahil) beli kain byk tapi sengaja buat tak cukup sebab nak tayang part2 body mereka tu. at least org miskin tutup aurat mereka.

my relatives pun ada jugak yg suka pakai ketat2 walaupun bertudung. bila kita tegur, diaorang kata: 'kami tutup dah kepala, kira okaylah tu'. aurat tu kat kepala je ke??

sebagai cikgu, inilah cabaran yang kita kena hadapi bila kita nasihat students kita, tol tak? jadi cikgu bukan ajar subjek kita je, kita kena didik mereka supaya jadi manusia, bukan jadi hantu.

hehe...anyway, selamat hari raya :)

Nani Othman said...

nadz,
hello. =) haha. true. pada usia belas-belas ini mereka yakin mereka tahu segalanya, ilmu dunia dan semua isinya. sebab itu kita kena kesiankan mereka. mungkin kita dulu pun pernah sidetracked.

come again!


ahmad luqman,
haha. this sure is!

wastrabejjak,
thanks for the enlightening comments. i am very much amused by your reasoning. =) hope to see you around here often. hehe.

and yes, truth it is that kubur bukan milik kita seorang satu. kubur kita tanggungjawab bersama. mana tahu nanti mati berjuang di jalan Allah SWT kena dikuburkan bersama?

Nani Othman said...

cik gojes,
ye, teguran mesti sepadan dengan kanak-kanak yang nak ditegur tu. kalau terlampau matang nanti tak sampai pulak. hehe. tunjuk teladan terbaik tu mmg jalan paling awesome. insyaallah.

ayaq,
haha. dah manusia paling sempurna pun rasulullah saw sorang kan? kalau nak tunggu manusia sempurna je layak menegur, sampai bila pun sape2 tak payah berdakwah. otak singkat, mcm tulah jawapan die.

long,
ngahaha. aurat die kat kepala je. susah tu. habis tu keluar ke pasar malam tak payah la pakai baju. pakai tudung cukup. habislah semua terpampang! kesian abang-abang jual air..mesti terbalik tong air tebu diorang. XD

Ciklong said...

bukan setakat abg jual air tebu je yg tergolek, abg2 jual air soya, air kelapa, malah rokiah anak pakcik tempe pun turut terkena impaknya...ngahaha!!

*tetiba je sebut nama rokiah...ehehe

Nani Othman said...

long,
apedehal la rokiah, long? haha. akak jual ayam golek kuah oren kuah puteh semua tergolek..ngahaha. lagi2 lah tudung bonggol unta kan..tiba2 je baju lak takde, ape hal?

the Constantly Dramatic One said...

I wear miniskirts, constantly.

I drink over the weekends, but funnily enough I don't smoke.

I am also, no longer a virgin. As much as I adore you here and your beautiful writings...I don't think we can ever be friends IRL.

Just a thought.

cafiena said...

selalunya saya jawab,

"iya? wah, nanti mati, mandikan diri sendiri, kapankan diri sendiri, gali kubur sendiri ya?"

orang yang mula "kubur masing-masing' ni mesti rasa dia smart mouth dulu. ceh.

pastu kambing yang kebanyakan pun mengekor bontot dia bersama.

Nani Othman said...

Tcdo,
Jodoh, pertemuan, friendship tu kan semua kuasa Dia? =) whether He wants us to be friends in real life or not, He decides. So what if you do all the things above? I am not the one who has the right to condemn you or anything. Besides, i make friends with everybody - from sons and daughters of ustazs and ustazahs to ustazs and ustazahs themselves to drinkers well, even drug-doers (a few of my close friends were addicts but they're really wonderful friends when you get to know them. Sometimes they are even more reliable than my other friends who generally appear good).

So yes, i have my own forceful opinions on certain things, but i do not rate my friends. Because most of the times, they are the most wonderful people just because they want to spend time with me to do crazy things and i can be crazy too, without being judged. =)

Sorry for the late reply, though. Been away for a while. Hehe.


Nani Othman said...

Cafiena,
Hehe..ramai org smart mouth sebab takde smart mind. Tu yg susah tu.

Haha, kambing. Sorry lmbat balas komen kamu, baru nampak je ni.

Post a Comment

Only a Sith deals in absolutes. Your thoughts?