Ada sesuatu yang cool tentang orang-orang yang berkehidupan sederhana. Simple needs, simple wants, awesome personality - aku dah jumpa ramai. Most of them make wonderful friends, sebab butir bicara mereka selalu make sense dan mereka biasanya tidak selfish. Orang-orang begini kerap buat aku kesian pada diri sendiri yang selalu mahu pada perkara bukan-bukan, manusia pelik-pelik dan bersikap self-centered tak tertanding. Kadang-kadang aku terlalu hardcore driven mahu segalanya sempurna belaka sampai menyusahkan diri sendiri (dan orang lain). Tak cool langsung. Jadi bila aku jumpa orang-orang yang buat aku berhenti menzalimi diri, aku jatuh sayang pada mereka. Sebab aku tak pandai langsung menjadi watak kegemaran dalam buku siapa-siapa pun. Aku villain by birth kot?
* * *
Now, tak berapa lama sangat yang lalu, ada burung kecil beritahu aku - eh, kalau mahu bahagia yang tak putus-putus, kecilkan mahu-mahu engkau biar sepadan dengan earning kau yang bulan-bulan. Percayalah, lapangnya banyak. Cool betul nasihatnya. Aku dah ikut selama 4 tahun - sumpah lapang senang hidup aku. Maka terima kaseh bonda.
* * *
Wei, jom semua pergi BBW di Penang masa cuti sekolah? Aku mahu return to Wonderland. Yay.
p/s: Tu kucing tuxedo kat depan Great Hall. Simple needs, simple wants, awesome personality. Kat waterfront sekali dia tibai minum petang. Heh.