September 9, 2010

Hari ini = Ramadhan Finale.

1) Sesi clear sepah-sepah bilik yang sudahnya sampai malam pun tidak settle-settle. Tak apa. Sekejap lagi I settle-kan. Kamu semua sudah siap kemas rumahkah, esok nak raya?

2) Penjelajahan ke setiap ceruk di bumi Perlis mencari ayam best untuk dibuat kenduri esok. Bersama Emaak best kesayangan semua. Sudahlah nak jumpa ayam punyalah susah, jumpa pulak yang besarnya macam gajah versi ayam seekor 3.5 kilo macam apa entah berat dia, sangat tak boleh belah pulak Emaak telah membeli 3 ekor setengah dengan bertawar-tawar macam masinlah pulak harga dia, bukan? RM 7.80 sekilo habis kering darah I dengar harga dia, tak ada apa yang tinggal dah untuk dicekik.

3) Berkejaran dengan BiBa silver ke pasaraya yang agak dekat dengan rumah, tolong belikan untuk Emaak kulit kayu manis (yang bergulung-gulung dalam pek plastik paling kecil pun sudah sekerat lengan I panjang dia), bunga lawang yang semua suri rumah pun buat reference sesama sendiri macam ini 'Bunga lawang yang lapan kupang tu ka?' dan satu bungkus kecik buah pelaga tak tau brand apa pulak dia pergi warna hijau tiba-tiba, serta kicap yang botol dia boleh squeeze-squeeze plus Colgate Mouth Wash warna biru untuk adik lelaki I yang makin lama makin suka tengok cermin. Dah macam I pulak perangai dia sekarang, haha.

4) Beli sepasang kerongsang ayu-ayu cute warna biru untuk adik perempuan I yang esok nak beraya pakai baju kurung mahal warna biru laut-laut gorjes. Tahun ini beliau first time nak pakai tudung sulam tangan manik pusing-pusing, simpul-simpul corak dia punya mahal Emaak I beli, I pun tumpang seronok sekali siap gatal tangan sibuk pilih kerongsang pulak, padahal ke situ sebenarnya mencari ayam. Ceh.

5) Duduk depan laptop I yang bernama Pan, tulis reply panjang empat puluh kaki kepada seorang blogger yang baru malam tadi jadi penganjur kenduri tuduh-kutuk I kat FB wall dia. Dahlah I tak kenal dia. Rakan-rakan sekenduri dia pun I tak kenal, boleh pulak berpanjang-panjang di situ macam I ni apalah bukan? Ni mesti nanti ada tukang-tukang kenduri blogstalker yang akan speculate macam mana I boleh tau pulak mereka ramai-ramai duduk bersila atas dinding buku bermuka sambil mencaci-maki saya – kamu semua pun mesti curious bukan? Ha, penganjur kendurilah yang confirmkan lauk utama malam tadi itu memang saya. Jadi segala tuk nenek blogstalker yang dimaksudkan, silalah balik blog masing-masing sekarang pergi histeria di sana, ya? Blog ini tidak melayan bapuk-bapuk emosional serupa kamu; saya sudah state bawah tajuk blog saya tu. Duduk sini banyak makan gula NaniScribbles! nanti kamu diabetes di jiwa jenuh sawan nak saman saya pulak lah kan? Dah pergi balik. Sini tempat orang tabah akal dan jiwa saja datang melepak.

6) Mengadap laptop sambil fikir nak tulis wish Raya yang macam mana sebab lima point teratas dah serupa post mencari gaduh dengan semua pembaca pulak tiba-tiba. Lepas tu I decide macam ini saja:

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca NaniScribbles!, tak kisahlah kamu tersorok atau selalu buat rambling terbuka di blog I, I tak pernah kisah asalkan kamu semua tak histeria buat blog I macam blog you people pulak, haha. Segala apa yang kamu pernah terkata atau sengaja kata atau tulis atau fikir sekalipun, Nani dah ampun semua. Tidak ada langsung yang tersimpan, jaminan seratus peratus. Dan Nani mohon ampun untuk semua sengaja dan ketidaksengajaan Nani jugak, ikhlas dari hati sebab Nani sayang kamu semua. *senyum* Moga dimaafkan. Thank you. Keep writing, friends. And keep inspiring the world. *winks* Have a blessed Eid, everyone! *hugs*

Later, yeah?

15 scribbleback (s):

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Selamat hari raya sis!

Hugs!

=)

Nana Othman said...

1) cepat lah settle kan XD!!

2) gajah versi ayam kah yg kita makan tadi .___. ??

3) mungkin nnt saya juga akan terkena penyakit suka tgk cermin spt kamu dan adik kita XD

4) tudia aih description tudung sulam, putaq belit simpoi semua ada.. ya ya, taun ni saya nak ayu2 cute serba biru XD nghee!!

5) aish, abaikan sahaja manusia2 yang ada potensi utk dijangkiti diabetes itu. siapa kutuk dan tuduh, dy lah masuk neraka. kita duduk diam sudah.

6) jom kita raya sama2 esok ^^!

Luke Skywalker said...

Selamat Hari Raya teacher Nani ^_^

macha_sezs said...

Selamat hari raya ticer nani!

Bayang said...

selamat hari raya kak ^__^

Lisa said...

Selamat hari raya, teacher! :D

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Saya le yang tersorok tu.. Hihi.. :D:D:D

Selamat Hari Raya, Nani.. & Nana too :D:D:D
Maaf Zahir & Batin.

Btw,
Noi ada blog baru kat wordpress. That's why le dah private blog lama. Heeeee~
Blog Noi banyak merapu je, malu plak Noi nak share :">

Oh,
Bergumbira esok tau, Nani. SELAMAT HARI RAYA once again..

nani said...

happy eid, nani! maaf zahir dan batin^^

ladyviral said...

selamat hari raya!

Ayaq said...

Selamat hari raya kak Nani!

Dari cari ayam terbabas ke kerongsang ye? Haha lawak gila.

Jai said...

Selammat Hari Raya n Maaf Zahir batin ye Nani... =)

k0k s3n w4i said...

happy eid, nani. selamat hari raya :)

Unknown said...

God bless You
===========Seo Servises

Jiyuu said...

Kiranya I ni termasuklah golongan tabah akal suka lepak kat NaniScribbles! wah, seronok I. Teringat pulak Pok Deng masa baca entry ni. Style ayat yg tak pasti masa subject mana object mana predicate and all that what the hell kebendanya tapi I seronok baca gitu menarik sekali.

Happy Hari Raya, Nani! *Hugs*

Anonymous said...

zara - thanks! =) to you, too.

adikku - siap dah la! bukan, ayam besar tu buat kenduri hr tu. tak ada masalah - keturunan kita tak pernah meretakkan cermin. biru = ayu. manusia diabetes jiwa = gila. raya kita mmg paling best ah. XD

luke, macha, aamir, lisa - thanks. =)

noi - alah noi tu entah apa yg dia nak malukan. XD nnt2 dh tak malu share tau! thanks!!

nani, ladyviral, jai, kok sen wai - thanks people. =)

ayaq masak - tau takpa. haha. XD

jiyuu - you mestilah tabah, kalau you tak tabah, you memang tak datang sini dah. XD komen you pun dah ke mana-mana je sabjek dan prediket - i pun suka baca mmg sure menarik punya! haha.

happy eid to you, too! *hugs!*

Post a Comment

Only a Sith deals in absolutes. Your thoughts?