Nani baca kebanyakan update tentang keadaan arwah saudara Faiz Taufik, semasa dia masih melawan cancer di hospital. Setiap satu update memang sakit sangat untuk dibaca. Tapi Nani nak ambik tahu. Nani ada simpan satu harapan dalam hati, walaupun sinarnya Nani tak ingat seterang mana, Nani memang nak sangat Faiz sembuh. Kesian? Empati? Sayang? Atau simply kemanusiaan? Nani tak pasti sangat yang mana satu.
Bila ada seorang kawan kata Faiz akan dikomakan, Nani memang tak larat nak tahan air mata lagi dah. Tumpah jugak. Ya Allah, memang betul orang-orang baik budi, baik hati, baik iman ini semua Engkau sayang, Engkau uji, kan? Nani tenang sikit sebab Faiz balik jumpa Allah SWT pada bulan Ramadhan. Macam itu punya Allah sayang dia, jemput dia balik bebas dari seksaan kubur, Nani memang respect sangat.
'Kita pun nak pergi situ jugak, Nani,' kata Kak Linda. 'Cuma dia Allah panggil dulu. Nak buat macam mana, temujanji depa awal daripada kita. Sabar na?'
Ada sedikit terkilan sebab Nani tak sempat pun pergi tengok dan bagi semangat masa dia sakit dulu. Nani cuma sempat doa dari jauh saja. Semoga roh Faiz tenang sampai Hari Perhitungan nanti. Itu saja yang Nani mampu buat. Doa.
Minggu lepas, Kak Chik Jamilah, cikgu Sejarah MRSM Beseri meninggal dunia kerana Meningitis. Kami sebaya. Macam Nani dengan arwah Faiz. Berturut-turut 2 minggu kawan-kawan Nani Allah ajak balik di bulan puasa. Dalam hati cemburu juga, mereka buat apa selama hidup 25 tahun ini sampai Allah sayang macam itu sekali? Ya. Cemburu jadinya Nani.
Tapi dalam kabur-kabur mata Nani dengan air mata, Nani nampak juga yang baik-baik. Hikmah terbesar yang Nani perasan di sebalik kepulangan insan-insan mulia itu, Nani terus nampak segala apa jahat-jahat Nani selama ini. Nani nak ubah semua yang tak elok dalam diri Nani. Nani takmau lagi berfikir nak jahat pada orang. Nani takmau lagi lambat-lambat solat. Nani takmau sengaja buat apa-apa yang akan buat Allah marah pada Nani. Nani nak balik bersih, macam Kak Chik, macam Faiz, macam Rasulullah SAW insyaAllah.
Doa Nani banyak-banyak untuk mereka dan semua umat Islam yang Allah sudah bawa pulang. Semoga sejahtera mereka semua di sana.
Lepas tulis setakat ini, Nani diam berfikir. Lama Nani diam. Lama Nani fikir. Tentang Kak Chik, tentang Faiz, tentang mati, tentang kasih Allah SWT.
Mungkin jauh di sudut hati, sebenarnya, Nani sendiri pun berharap dapat balik awal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 scribbleback (s):
malam ni nak baca quran lebih sikit ..
Beliau hamba yang mulia. Manusia terpilih pada bulan yang mulia.
mereka orang-orang yang bertuah. semoga kita juga bertuah macam mereka~Tuhan sayang lebih. dijemput pulang dengan baik.
Kak Nani, tersentuh hati baca entry Kak Nani ni. Sorry to hear the news. Sedih dengan ayat Kak Nani yang kata nak balik awai jugak tu.
suka entri ni. thanks untuk peringatan, kak nani =)
salam nani.
sedih bila baca post ni. kaklong pun nak buat baik supaya nnt dapat ditempatkan di tempat orang baik2.
oh ya, orang yg ske cari gaduh ngan long dah kembali dgn nama lain. gi lah tengok
Dyana pun harap dapat balik awal juga...
Sedih. memang Allah jadikan kematian tu untuk ingatkn kita yg masih hidup. Jadi cepat2 ingat mati bila alpa.
thanks atas ingatan.
fina - *angguk*
luke - true.
kak inna - amiin.
ache - at least kita ada masa lagi nk upgrade ibadah.
diya - no prob.
long - jom sama2 buat baik. biarlah die. tak pose agaknye tu.
dyana - =)
munsyi - you're right. selalu igt mati, baru tahu sedar diri.
nani : nani sini pun rasa macam tu jugak.
death the best reminder ey..
suddenly reminder of them. my junior and also a friend yg dah pergi. moga kita dan mereka tergolong dlm golongan yg diredhai Ilahi...
hm.. dh prepare ke nak menghadap yg Maha Esa ye??
nani - thanks. ;)
humayra' - sedang prepare. =) semoga kita semua balik dlm keadaan prepared. amiin.
Post a Comment
Only a Sith deals in absolutes. Your thoughts?